Monday 4 April 2016

Resepi : Ayam Buttermilk

Assalammu'alaikum and good day! 

Hari ni stop kejap citer pasal bersalin aku.. hahahaha.. nak share resepi pulak.. dah berapa hari dok perap resepi ni.. hari tu macam takde idea nak masak ape.. dok scroll ig sendiri.. ternampak ayam buttermilk.. pastu aku tanya suami aku.. nak tak lauk tu.. lama dah tak buat.. die ok je.. janji pedas katanya.. ok jom tengok resepi.. 

Ayam Buttermilk 

Bahan2 

(utk ayam) 
2 keping ayam (bahagian dada/isi) *potong kecik2 
1 sdb tepung gandum*
1 sdb tepung jagung*
½ sdb serbuk kari*
1 biji telur
garam*
minyak utk menggoreng

Cara2
- Ayam yg dah dipotong kecik tadi tu celup dalam telur. 
- Campurkan semua yg bertanda * dalam 1 bekas. 
- Kemudian baru masukkan ayam yg di celup telur.. salut dengan campuran tepung tadi. 
- goreng dalam minyak (takkan dalam air pulakkk) sampai agak2 golden brown.. dah ok la tu.. 

(buttermilk) 

Bahan2 
1 bijik bawang besar *
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
5 bijik cili api*
1 tangkai daun kari
sedikit daun bawang
½ cawan susu cair 
2 sdb butter/majerin

Cara2
- Hiris semua bahan yg bertanda *.  
- Panaskan kuali, kemudian masukkan butter. 
- Lepas butter dah cair, masukkan bahan yg telah dihiris tadi. Tumis sampai naik bau. Masukkan daun kari. Kacau sekejap. 
- Masukkan susu cair tadi. Agak2 dah mendidih masukkan ayam yg dah di goreng sebelum tu.. 
- Kacau seketika. Perisakan dgn garam dan gula. 
- Boleh angkat dah.  Tabur daun bawang. Kalo rasa nak berkuah, tambah air sebelum masukkan ayam. Kalo tak nanti ayam kurang rangup sebab dah basah kene air. 

boleh makan dengan nasik atau roti
selamat mencuba! okbai! 

No comments:

Post a Comment